Sardini

Sardini
Bonito Atlantik, Sarda sarda
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Scombriformes
Keluarga: Scombridae
Subkeluarga: Scombrinae
Tribus: Sardini
Jordan and Evermann, 1896
Genus
  • Cybiosarda (Whitley, 1935)
  • Gymnosarda Gill, 1862
  • Orcynopsis Gill, 1862
  • Sarda (Cuvier, 1832)

Sardini ialah suku ikan pemangsa bersirip ruji bersaiz sedang dalam keluarga Scombridae – sebuah keluarga yang dikongsikan dengan suku kembung, aya dan tenggiri, serta setan jangki. Ia turut dipanggil bonito, terdiri daripada lapan spesies dan empat genus; tiga daripada empat genus ini monotip iaitu hanya ada satu spesies. Ikan ini sangat mirip dengan aya jepun yang turut dipanggil "bonito", khususnya dalam konteks bahasa Jepun.