Serie A 2014–15
| Musim | 2014–15 |
|---|---|
| Juara | Juventus (Kejuaraan ke-31) |
| Disingkirkan | Cesena Parma Cagliari |
| Liga Juara-Juara UEFA | Juventus Roma Lazio |
| Liga Europa | Fiorentina Napoli Sampdoria |
| Jumlah perlawanan | 380 |
| Jumlah gol | 1024 (2.69 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Mauro Icardi Luca Toni (22) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | Inter 7–0 Sassuolo (14 September 2014) Juventus 7–0 Parma (9 November 2014) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Palermo 0–4 Lazio (29 September 2014) Empoli 0–4 Cagliari (25 October 2014) Cagliari 0–4 Fiorentina (30 November 2014) |
| Gol tertinggi | Parma 4–5 Milan (14 September 2014) |
| Menang berturut-turut paling lama | 8 perlawanan Lazio |
| Tanpa kalah paling lama | 20 perlawanan Juventus |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 18 perlawanan Cesena |
| Kalah berturut-turut paling lama | 6 perlawanan Parma |
| Kehadiran tertinggi | 79,173 Milan 1–1 Inter (23 November 2014) |
| Kehadiran terendah | 5,000 Chievo 2–1 Cesena (9 November 2014) |
| Purata kehadiran | 22,149 |
← 2013–14 2015–16 →
Semua statistik tepat pada 31 Mei 2015. | |
Serie A 2014–15 (juga dikenali sebagai Serie A TIM atas sebab penajaan) merupakan musim ke-113 bagi divisyen teratas bola sepak Itali dan ia merupakan musim ke-83 bagi kejohanan Serie A sejak penubuhannya pada 1929. Musim ini bermula pada 30 Ogos 2014.
Secara jumlahnya, terdapat 20 pasukan bertanding di dalam liga. 17 pasukan daripada musim 2013-14 dan tiga lagi menerima kenaikan dari kempen Serie B 2013–14. Juventus merupakan juara bertahan bagi musim ini dan akhirnya, mereka mempertahankan gelaran "Scudetto" buat kali keempat berturut-turut. Pada 2 Mei 2015, Juventus mengesahkan kejuaraan liga miliknya buat kali keempat berturut-turut.