Serie A 2013–14
| Musim | 2013–14 |
|---|---|
| Juara | Juventus (Kejuaraan ke-30) |
| Disingkirkan | Livorno Bologna Catania |
| Liga Juara-Juara | Juventus Roma Napoli |
| Liga Europa | Fiorentina Internazionale Torino |
| Jumlah perlawanan | 380 |
| Jumlah gol | 1039 (2.73 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Ciro Immobile (22) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | Roma 5–0 Bologna (29 September 2013) Sampdoria 5–0 Verona (23 Mac 2014) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Sassuolo 0–7 Inter (22 September 2013) |
| Gol tertinggi | 8 gol: Verona 3–5 Fiorentina (13 April 2014) Udinese 5–3 Livorno (4 Mei 2014) |
| Menang berturut-turut paling lama | 12 perlawanan Juventus |
| Tanpa kalah paling lama | 22 perlawanan Juventus |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 10 perlawanan Livorno |
| Kalah berturut-turut paling lama | 7 perlawanan Livorno |
| Purata kehadiran | 23,481 |
← 2012–13 2014–15 → | |
Serie A 2013–14 (dikenali sebagai Serie A TIM atas sebab penajaan) merupakan musim Serie A ke-82 sejak penubuhannya. Kempen ini bermula pada 24 Ogos 2013 dan tamat pada 18 Mei 2014. Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, Nike menyediakan bola rasmi untuk kesemua perlawanan menerusi model baru Nike Incyte. Juventus sekalu juara bertahan berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan meraih tiga kejuaraan Serie A berturut-turut.
Secara jumlahnya, 20 pasukan mengambil bahagian untuk kempen ini. 17 pasukan kekal dari musim 2012–13 dan tiga pasukan lagi dipromosi dari Serie B 2012–13. Palermo, Pescara dan Siena yang tersingkir pada musim lalu digantikan oleh tiga pasukan yang dipromosi, Sassuolo selaku juara Serie B, Hellas Verona sebagai naib juara dan pemenang play-off promosi, Livorno. Hellas Verona kembali ke Serie A selepas sebelas tahun menghilang manakala Livorno hanya menunggu empat musim untuk kembali dan seterusnya bagi Sassuolo, kempen kali ini merupakan penampilan sulungnya di Serie A.
Buat pertama kali dalam sejarah Serie A, musim kali ini menyaksikan lima pertembungan setempat dari satu kota iaitu Milan (Internazionale dan Milan), Turin (Juventus dan Torino), Rom (Lazio dan Roma), Genoa (Genoa dan Sampdoria) dan Verona (Chievo dan Hellas Verona).