Serangan Mongol ke atas Kievan Rus'

Serangan Mongol ke atas Rus'

Peta Kievan' Rus 1237, sebelum diserang oleh Mongolia
Tarikh1223–1240
Lokasi
Rusia, Ukraina dan Belarus modern
Keputusan Kemenangan besar Mongol, Kievan Rus menjadi bawahan Golden Horde dan membayar ufti pada Mongol
Pihak yang terlibat
Mongol Vladimir-Suzdal
20px Kiev
20px Galicia-Volhynia
20px Republik Novgorod
Smolensk
Turov dan Pinsk
Rostov
Chernigov
Ryazan
Pereyaslavl
Komandan dan pemimpin
Batu Khan
Möngke Khan
Subutai
Jebe
Kulhan
Boroldai
Berke
Orda
Kadan
Shayban
Güyük Khan
20px Mstislav si Pemberani
20px Daniel dari Galicia 
20px Mstislav III dari Kiev  #,  
Putera Vasily dari Chernigov  
Yuri dari Ryazan  
Kekuatan
1236:
200.000 kavaleri Mongol
40.000+ pasukan bantuan Turk
1223:
~20.000 kavaleri
1236:
~25.000-50.000 total, termasuk milisi dan perempuan yang terpaksa ikut bertarung
Kerugian dan korban
Lebih dari 7.000 500.000 (30–40% populasi Rus')

Empayar Mongol menyerang dan mengilhak sebahagian besar Rusia pada pertengahan abad ke-13, menghancurkan banyak bandar seperti Ryazan, Yaroslavl, Pereyaslavl dan Vladimir. Dua bandar terbesar ketika itu: Kiev (50,000 penduduk) dan Chernigov (30,000 penduduk) terbakar. Pengepungan Kiev pada tahun 1240 oleh Mongol menandakan berakhirnya negara Rusia pertama Kievan Rus'.

Kempen besar Mongol pertama dimulai dari Pertempuran Sungai Kalka oleh Jebe dan Subutai pada 31 Mei 1223. Mongol mengejar saki-baki kekuatan Cuman di bawah Kutan. Penyerangan penuh oleh Batu Khan diikuti, dengan 20-30 tumen ke atas Kievan Rus bermula pada 1237–1238. Mongol mengilhak Kiev pada 1240 dan terus bergerak ke barat, menyerang Hungary dan Poland. Selepas mengalahkan Hungary dan Poland, Mongolia bersiap untuk menyerang Empayar Rom Suci dan lebih banyak negara barat lain, tetapi kematian Ögedei memaksa panglima Mongol lain untuk berhenti dan menyertai kurultai di Karakoram.