Kutan (pemimpin Türk)

Kutan
Khan
Patung Kutan di Karcag, Hungary
Didahului olehSomogur?
Konfederasi Cuman-Kipchak
Kemangkatan1241
Hungary
AnakandaErszébet dari Cuman, (3 puteri lainnya)
KerabatSharukaniyyah
WangsaTerteroba
AgamaSunni Islam

Kutan (Rusia: Котян, rumi: Kotyan; Hungary: Kötöny; Arab: Kutan; 1205–1241) ialah seorang pahlawan Cuman-Kipchak dan panglima tentera yang aktif pada pertengahan abad ke-13. Dia menjalin pakatan penting dengan Kievan Rus ketika masih sangat muda untuk menentang Mongol, tetapi dikalahkan oleh mereka di Sungai Kalka pada tahun 1223. Selepas kemenangan Mongol, Kutan memimpin sekitar 100,000-200,000 penduduk Cuman untuk berhijrah ke Hungary. Mereka dihalang di sempadan. Raja Hungary mahu menolong dengan syarat Kutan dan keluarganya menerima agama Katolik, dengan sangat berat hati dia menerimanya. Kutan dibunuh oleh beberapa bangsawan Hungary kerana ketahuan masih mengamalkan ajaran Islam dan solat Jumaat.

Kutan ialah keturunan daripada Sharugan, Boniak dan Syrchan. Raja László IV dari Hungary ialah anak dari Erszébet, cucunya.