Separuh Akhir Muzik Muzik 11

Separuh Akhir Muzik Muzik 11 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Juara Lagu 1996. Semua lagu yang dipertandingkan adalah lagu-lagu yang dicalonkan dalam rancangan Muzik-Muzik sepanjang 1995-1996.