Anugerah Juara Lagu ke-11

Anugerah Juara Lagu
ke-11
Tarikh28 Disember 1996
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraSalih Yaacob
Fauziah Ahmad Daud
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Jerat Percintaan"


Juara Lagu 1996 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1996. Pertandingan ini berlangsung pada waktu petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Salih Yaacob dan Fauziah Ahmad Daud. Edisi ini juga merupakan satu-satunya acara Juara Lagu yang diterbitkan oleh lagenda pengacaraan negara Azwan Ali sebelum meninggalkan TV3 pada tahun 1997. Beliau merupakan bekas pengacara Muzik Muzik dan Juara Lagu dari edisi ke-4 hingga ke -10.