Seonbi

Seonbi
Seonbi abad ke-18 mengarang puisi
Nama Korea
Hangul
선비
Perumian SemakanSeonbi
McCune–ReischauerSŏnbi

Seonbi (선비, Jawi: سونبي) ialah cendekiawan yang luhur selama zaman Goryeo dan Joseon di Korea yang berkhidmat kepada orang ramai tanpa jawatan dalam kerajaan, memilih untuk melepaskan kedudukan kekayaan dan kuasa untuk menjalani kehidupan belajar dan berintegriti. Mereka yang memilih untuk berkhidmat dalam kerajaan pula berkewajiban menolong raja memerintah negara dengan baik, dan setelah tamat berkhidmat, menjalani kehidupan yang tenang di pedesaan, mengajar dan memimpin rakyat ke jalan yang benar. Hari ini, Seonbi ialah kata kiasan untuk orang terpelajar yang tidak mengingini kekayaan tetapi menghargai kebenaran dan prinsip. Ia juga digunakan sebagai kiasan bagi orang yang berkelakuan baik dan murung. Juga, bagi orang Korea moden yang tidak suka mengenai Dinasti Joseon dan Konfusianisme, menggunakan istilah Seonbi yang sinonim dengan 'orang tua'.