Senjata-V

Artikel ini adalah mengenai penggunaan ofensif senjata-V dan kempen ketenteraannya. Untuk huraian setiap senjata, lihat V-1 (bom terbang), V-2 dan meriam V-3. Untuk "superweapon" Jerman yang lain, lihat Wunderwaffe.

Senjata-V, dikenali dalam bahasa asal Jerman sebagai Vergeltungswaffen (Sebutan bahasa Jerman: [fɐˈgɛltʊŋsˌvafṇ], Jerman: "senjata pembalasan", "senjata tindak balas"), adalah satu set senjata artileri jarak jauh yang direka untuk pengeboman strategik semasa Perang Dunia II, terutamanya pengeboman ganas dan/atau pengeboman udara ke atas bandar-bandar. Ia terdiri daripada V-1, iaitu peluru berpandu krus berenjin denyutan jet, V-2, iaitu peluru berpandu balistik berenjin bahan api cecair (sering dirujuk sebagai V1 dan V2), dan meriam V-3. Kesemua senjata ini bertujuan digunakan dalam kempen militari menentang Britain, namun hanya V-1 dan V-2 telah digunakan dalam kempen 1944–45. Selepas penyerbuan tentera Bersekutu ke atas Eropah, senjata ini juga digunakan terhadap sasaran tanah besar Eropah, terutamanya Britain dan Belgium. Pengeboman ganas V mengorbankan kira-kira 18,000 orang, kebanyakannya penduduk awam. Bandaraya London, Antwerp dan Liège adalah sasaran utama.

Senjata ini adalah sebahagian daripada barisan Wunderwaffe (bahasa Inggeris: superweapon atau secara harfiahnya 'senjata ajaib') Jerman Nazi.