Meriam V-3

Hochdruckpumpe
("pam bertekanan tinggi")
Prototaip meriam V-3 di Laatzig, Jerman (sekarang Poland) pada tahun 1942.
JenisArtileri
Tempat asalJerman Nazi
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1944 – 1945
Digunakan olehJerman Nazi
PerangPerang Dunia II
Sejarah pengeluaran
PengeluarKrupp
Spesifikasi
Panjang130 m (430 ka)

ShelPeluru meriam 140 kilogram (310 lb)
KaliberKaliber 150 milimeter (5.9 in)
Ketinggiantetap
Rentastetap
Kadar tembakan300 peluru sejam (projected)
Halaju muncung1,500 metres per saat (4,900 ft/s)
Jarak tembakan maksimum165 km

V-3 (Jerman: Vergeltungswaffe 3, "Senjata Pembalasan 3") adalah sebuah meriam besar Jerman dalam Perang Dunia II yang beroperasi pada prinsip berbilang-cas dimana cas pendorong sekunder dilepaskan untuk menambah halaju pada projektil.

Senjata ini dirancang penggunaannya untuk mengebom London dari dua bunker besar di wilayah Pas-de-Calais utara Perancis, tetapi ia tidak dapat digunakan kerana di bom pihak Bersekutu sebelum siap dibina. Dua meriam serupa digunakan untuk mengebom Luxembourg dari Disember 1944 hingga Februari 1945.

Meriam V-3 juga dikenali sebagai Hochdruckpumpe ("Pam Bertekanan Tinggi," singkatan HDP), adalah nama kod yang bertujuan untuk menyembunyikan maksud sebenar projek itu. Ia juga dikenali sebagai Fleißiges Lieschen ("Busy Lizzie").