Sendayan
Sendayan terletak di barat daya Daerah Seremban, Negeri Sembilan,Malaysia, bersempadan dengan Daerah Port Dickson. Sendayan juga terletak berhampiran dengan Labu, Nilai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Felda Sendayan terletak di sini dan dibangunkan menjadi bandar dengan nama baru Sri Sendayan.
Sendayan terletak kira-kira 12 km dari Seremban.