Senarai pengebumian di Lembah Raja-raja
Berikut ialah senarai pengebumian di Lembah Raja-raja, di Thebes (moden Luxor, Mesir) dan kawasan-kawasan berdekatan.
Sistem penomboran telah ditetapkan oleh John Gardner Wilkinson pada tahun 1821. Wilkinson menomborkan 21 makam yang diketahui olehnya (ada yang telah dibuka sejak zaman purba) mengikut lokasi, bermula dari pintu masuk lembah kemudian bergerak ke selatan dan barat. Makam yang ditemui selepas itu telah diberikan nombor KV secara berturutan (yang di Lembah Barat pula dikenali dengan WV iaitu Western Valley) mengikut urutan penemuan.
Sejak pertengahan abad ke-20, ahli Mesir purba menggunakan akronim "KV" (bermaksud Lembah Raja-raja atau Valley of Kings) untuk menetapkan makam yang terletak di Lembah Raja-raja. Selain itu, akronim "WV" juga digunakan untuk menetapkan makam yang terletak di Lembah (Raja-raja) Barat.