Lembah Raja-raja

25°44′27″N 32°36′8″E / 25.74083°N 32.60222°E / 25.74083; 32.60222

Lembah Raja-raja (Arab: وادي الملوك Wādī al Mulūk), kadang kala disebut Lembah Pintu Raja-raja (Arab: وادي ابواب الملوك Wādī Abwāb al Mulūk), ialah sebuah lembah di Mesir di mana buat tempoh hampir 500 tahun dari abad ke-16 hingga ke-11 SM, makam-makam dibina untuk para Firaun dan para bangsawan Kerajaan Baharu (wangsa Kelapan belas hingga Kedua puluh) Mesir Purba. Lembah terletak pada tebing barat Sungai Nil, berhadapan Thebes (Luxor moden), di dalam pusat Nekropolis Thebes. Wadi terdiri daripada dua lembah, Lembah Timur (di mana terletaknya majoriti makam diraja) dan Lembah Barat.