Senarai laut
Perkataan "laut" digunakan untuk menggambarkan keseluruhan jasad air saling hubung yang juga dikenali sebagai Lautan Dunia. Perkataan ini boleh digunakan untuk jasad air tertentu dan jauh lebih kecil, seperti Laut Utara atau Laut Merah. Tiada perbezaan tegas antara laut dengan lautan, tetapi secara amnya laut adalah lebih kecil, dan kerap sebahagiannya (sebagai laut berpinggir) atau keseluruhannya (sebahagian laut pedalaman) disempadani oleh daratan. Walau bagaimanapun, Laut Sargasso tidak mempunyai garis pesisir dan terletak di dalam arus bulat, Gir Atlantik Utara. Laut ini merupakan sebuah jasad air tersendiri dengan rumpai laut Sargassum perang dan air biru tenang, sangat berlainan dengan sebelih Lautan Atlantik. Laut secara amnya adalah lebih besar daripada tasik, dan mengandungi air masin lebih daripada air tawar, tetapi sesetengah entiti geografi dikenali sebagai "laut" ialah jasad air pedalaman tertutup yang tidak masin: contohnya, Laut Galilee ialah sebuah tasik air tawar. Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut menyatakan bahawa semua lautan ialah "laut."