Laut Galilee
| Laut Galilee | |
|---|---|
| Koordinat | 32°50′N 35°35′E / 32.833°N 35.583°E |
| Jenis | Monomictic |
| Aliran masuk utama | Hulu sungai Jordan dan punca setempat |
| Aliran keluar utama | Hilir sungai Jordan, pengewapan |
| Kawasan tadahan | 2,730 km2 (1,050 bt2) |
| Negara lembangan | Palestin/Israel, Syria, Lebanon |
| Panjang maksimum | 21 km (13 bt) |
| Lebar maksimum | 13 km (8.1 bt) |
| Luas permukaan | 166 km2 (64 bt2) |
| Kedalaman purata | 25.6 m (84 ka) |
| Kedalaman maksimum | 43 m (141 ka) |
| Isi padu air | 4 km3 (0.96 bt3) |
| Masa mastautin | 5 tahun |
| Panjang pesisir1 | 53 km (33 bt) |
| Ketinggian permukaan | -209 m (686 ka) |
| Pulau | 2 |
| Rujukan | |
| 1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas. | |
Tasik Tabariyah (Arab: بُحَيْرَةْ طَبَرِيَّا, rumi: Buḥayrat Ṭabariyyā, Ibrani: ים כנרת, rumi: Yam Kinéret, bahasa Inggeris: Sea of Galilee) terletak dalam kawasan Palestin berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki). Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).