Kuil Hindu di Malaysia

Arsitektur Dravidia di Malaysia
Kuil di Malaysia
கோயில்
Atas: Kuil Sri Mariamman,,adalah sebuah Kuil Hindu di George Town dan sebuah contoh Seni bina Dravidia.
Tengah: Batu Caves di Selangor
Bawah: Kuil Sri Kamatchi Amman yang terletak bersebelahan Stesen keretapi Padang Besar

Kuil dalam bahasa Tamil disebut kovil atau koil) ialah tempat ibadat bagi penganut Hindu berketurunan India Malaysia . Disebabkan oleh gelombang imigran India ke Malaysia sejak zaman penjajahan British pada abad ke-19, banyak kuil bergaya India telah didirikan di pelbagai bandar di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Klang. Majoritu kuil Hindu di Malaysia mengikuti reka bentuk, gaya, susun atur, dan seni bina Dravidia yang lazim ditemui di India Selatan dan Sri Lanka serta negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Komuniti Hindu Tamil paling banyak tertumpu di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan. Terdapat ratusan kuil Hindu di seluruh Malaysia, termasuk kuil terkenal seperti Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves. Kuil-kuil ini memainkan peranan penting dalam kehidupan keagamaan dan sosial masyarakat Tamil di Malaysia.

Komuniti Punjabi di Malaysia sebahagian besarnya menganut agama Sikh dan Hindu. Ramai dalam kalangan mereka menggabungkan kedua-dua tradisi keagamaan tersebut dan sebahagian daripada mereka boleh berbahasa Punjabi. Kaum Sindhi pula banyak menetap di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru, dan umumnya terlibat dalam bidang perniagaan tekstil, pakaian, dan peruncitan. Terdapat lebih daripada 15 buah Gurudwara (tempat ibadat penganut Sikh) di seluruh Malaysia, termasuk Gurudwara Sahib di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.