Amir Qatar

Amir Negara Qatar
أمیر دولة قطر
Amir Dawlat Qatar
Penjawat kini
Tamim bin Hamad Al Thani
sejak 25 Jun 2013
Butiran
GelaranDuli Yang Amat Mulia
Pewaris rajaAbdullah bin Hamad Al Thani
Penyandang pertamaMohammed bin Thani
Pembentukan1851

Amir, atau Emir Negara Qatar (Arab: أمیر دولة قطر) ialah raja pemerintah dan ketua negara bagi Qatar. Amir juga ialah panglima tertinggi bagi Angkatan Bersenjata dan penjamin Perlembagaan. Amir memegang kedudukan paling berkuasa di negara tersebut, dan mempunyai peranan penting dalam hubungan luar negeri.

Para Amir ialah anggota Wangsa Al Thani, yang berasal dari Bani Tamim, sebuah puak terbesar di semenanjung Arab. Pemerintah terkini ialah Tamim bin Hamad Al Thani, yang menyandang sejak 25 Jun 2013.