Semang

Semang
Negrito / Pangan / Ngò' Pa
Sekumpulan orang Semang.
Jumlah penduduk
Kira-kira 4,800
Kawasan ramai penduduk
Semenanjung Melayu:
 MalaysiaKira-kira 2,000–3,000
 Thailand300
Bahasa
Jedek, Bateq, Lanoh, Jahai, Mendriq, Mintil, Kensiu, Kintaq, Ten'edn, Melayu
Agama
Animisme, Kristian, Islam, Buddha atau Hindu
Kumpulan etnik berkaitan
Negrito (Andaman, Aeta), Orang Asli (Che Wong)

Orang Semang merupakan kelompok etnik Negrito yang berasal dari Semenanjung Melayu. Mereka terdapat di negeri Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah di Malaysia serta wilayah selatan di Thailand. Orang Semang dicatatkan pernah menduduki Semenanjung Melayu sejak sebelum abad ketiga. Secara etnologi, mereka dihuraikan sebagai masyarakat pemburu-pengumpul yang berpindah-randah.

Orang Semang tergolong dalam masyarakat suku Orang Asli. Dalam sejarah, mereka cenderung berdagang dengan masyarakat setempat. Selama lebih seribu tahun Orang Semang lebih gemar hidup di hutan dan terpencil dari bandar.