Bahasa Mintil
| Mintil | |
|---|---|
| Mayah, Tanɨm | |
| Asli kepada | Malaysia |
| Kawasan | Lipis, Pahang |
Penutur bahasa | 400 (2020) |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | mzt |
| Glottolog | mint1239 |
| ELP | Mintil |
Mintil (sebagai alternatif Batek Tanum, Tanɨm, atau Mayah) ialah sebuah bahasa Asli di Malaysia. Bahasa ini dianggap sebagai varian bagi bahasa Bateq. Pakar bahasa, Geoffrey Benjamin dikatakan menemui penutur Mintil sebagai pesakit di sebuah hospital Orang Asli di Ulu Gombak, di luar Kuala Lumpur. Berdasarkan kajian-kajian kini, petempatan-petempatan berbahasa Mintil di kawasan daerah Lipis, Pahang termasuk:
- Kampung Sungai Garam (Tɔm Mayɛm) (4° 27’ 12” U, 102° 3’ 20” T; 2.5 km selatan Kampung Dada Kering)
- Kampung Bencah Kelubi (Batuˀ Jalaŋ) (4° 38’ 23” U, 101° 58’ 45” T; 4 km timur Kampung Telok Gunong)
- Kampung Paya Keladi (Tɔm Hɨyaŋ) (4° 24’ 18” U, 101° 55’ 27” T; 10 km utara Kampung Chegar Perah)
- Kampung Tɔm Kəlkɔəˀ (4° 34’ 39” U, 101° 59’ 43” T; 2 km utara Kampung Kubang Rusa)