Pak Pandir

Pak Pandir merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya.

Cerita Pak Pandir telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk "Cherita Jenaka" yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat popular yang lain seperti Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai oleh Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada tahun 1908. Cetakan ini diulang cetak sebanyak beberapa kali dengan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman.