Influenza
| Influenza | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
TEM virus influenza diwarnakan negatif, dibesarkan ~100,000 kali | |
| ICD-10 | J10, J11 |
| ICD-9 | 487 |
| P. Data Penyakit | 6791 |
| MedlinePlus | 000080 |
| eMedicine | med/1170 ped/3006 |
| MeSH | D007251 |
| Penafian perubatan | |
Influenza, biasanya dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.