Selcat

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor atau singkatannya Selcat, ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat. Tujuannya antara lain untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini. Sehingga kini Selcat telah menjalankan dua tugasan:

  1. berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis)
  2. berhubung perbelanjaan wang peruntukan ADUN bagi tempoh Januari hingga Mac untuk tahun 2008 dan 2009.

Sistem Selcat diamalkan di Negara-Negara Komanwel, meliputi pengurusan kewangan, rang undang-undang dan pentadbiran seperti di England, Kanada, New Zealand dan lain-lain.