Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor

Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis ialah sebuah pertubuhan di Malaysia yang dianggotai oleh isteri anggota dan bekas anggota badan perundangan di Selangor. Ia merupakan salah sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Secara tradisinya, ia diketuai oleh isteri kepada Menteri Besar Selangor dari Barisan Nasional.