Sel T
| Sel T | |
|---|---|
Mikrograf elektron imbasan sel T manusia | |
Mikrograf (dari kiri) sel darah merah, platelet dan sel T; diwarnakan | |
| Butiran | |
| Sistem | Sistem imun |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | lymphocytus T |
| MeSH | D013601 |
| TH | H2.00.04.1.02007 |
| FMA | FMA:62870 |
| Istilah anatomi mikroanatomi | |
Sel T merupakan salah satu limfosit yang mengalami kematangan di timus dan mempunyai peranan utama dalam sistem imun. Sel-sel ini berasal dari sumsum tulang dan berkembang dan membeza menjadi beberapa jenis sel T khusus setelah berkembang di timus. Pembezaan sel T tetap berlaku meskipun telah keluar dari timus.
Jenis-jenis sel T termasuklah sel T pembunuh (CD8+), sel T penolong (CD4+), sel T ingatan dan sel T penindas. Sel-sel ini memberi peranan penting dalam mengawal tindak balas imun dengan pelbagai cara. Sel T pembunuh ialah sel sitotoksin yang dapat membunuh sel-sel yang dijangkiti virus serta barah. Sel T penolong pula mengenal pasti cara tindak balas imun terhadap suatu ancaman. Sel T penindas pula membantu mengenal pasti sel badan diri dan sel asing untuk mengelakkan tindak balas autoimun, di mana sistem imun menyerang sel badan sendiri. Sel T ingatan berfungsi mengingati jangkitan yang pernah berlaku untuk memastikan tindak balas yang lebih pantas dalam jangkitan akan datang dan peranan ini dimanfaatkan dalam pemvaksinan.