Pendidikan menengah

Pendidikan menengah merupakan peringkat kedua dalam proses pendidikan secara formal, selepas tamat persekolahan di peringkat pendidikan rendah dan sebelum ke pendidikan tinggi. Di kebanyakkan negara, pendidikan menengah wajib diberikan, sekurang-kurangnya sehingga mencapai umur 16 tahun . Golongan remaja biasanya memasuki fasa pendidikan menengah rendah sewaktu mereka berumur 12 tahun . Ada juga negara yang mewajibkan pendidikan menengah sehingga berumur 19 tahun.

Pendidikan menengah biasanya dijalankan di sekolah menengah, sekolah tinggi, maktab atau kolej, bergantung kepada negara. Oleh kerana ia menjurus ke arah universiti, pelajarannya adalah lebih berat berbanding pendidikan rendah. Pelajar-pelajar yang menamatkan pendidikan menengah mempunyai banyak pilihan sama ada meneruskan proses pendidikan ke pendidikan tinggi, vokasional ataupun memasuki alam pekerjaan . Pada 30 Julai 2025, Dewan Rakyat meluluskan RUU pendidikan (Pindaan) 2025 dan ia diwajibkan, Malah, kegagalan mendaftarkan anak ke sekolah menengah tanpa sebab yang sah kini boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM5,000, atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali. pemakaian RUU itu turut merangkumi institusi pendidikan swasta berdaftar dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) apabila dikuatkuasakan kelak. Menteri Pendidikan berkata, Langkah ini bukan bersifat menghukum, sebaliknya bertujuan memastikan tiada anak Malaysia tercicir daripada arus pendidikan formal, terutamanya mereka yang berada dalam kelompok rentan dan yang kurang berkemampuan.