Pendidikan vokasional
Pendidikan vokasional adalah salah satu alternatif melanjutkan pelajaran. Ia lebih menumpukan kepada penguasaan kemahiran tertentu lebih dari menghafal / memahami teori atau kajian akademik / ilmiah. Ia berdasarkan kefahaman bahawa seorang yang berkemahiran dalam sesuatu kerja pada hakikatnya ialah seorang yang berilmu. Mereka layak dihormati dan diberi pengiktirafan seperti juga mereka yang berkelayakan akademik.