Sekolah jenis kebangsaan Tamil

Laman Templat:Kotak info bahasa/styles.css tiada kandungan.

மலேசிய இந்தியர் (Orang India Malaysia)
Kaumமலேசிய இந்தியர் Orang India Malaysia
Bahasaதமிழ் Tamiḻ
மலாய் மொழி Melayu
മലയാളം Malayalam
ਪੰਜਾਬੀ Punjabi
Telugu తెలుగు
বাংলা Benggali
ગુજરાતી Gujrati
Negaraமலேசியா Malaysia

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(Tamil:தமிழ்ப்பள்ளி/ மலேசியாவில் தமிழில் கல்வி) (Juga Diringkaskan sebagai SJKT) adalah Sekolah rendah bantuan kerajaan di Malaysia yang menggunakan bahasa Tamil sebahasa pengantar utama.SJKT merupakan salah satu daripada tiga jenis sekolah aliran vernakular di Malaysia.Menurut data terkini, terdapat 528 SJKT di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan 79,309 pelajar

Seperti sekolah kerajaan lain, sekolah ini mengikuti kurikulum kebangsaan yang seragam, dengan pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Semua mata pelajaran lain diajar dalam bahasa Tamil, kecuali Sains dan Matematik yang diajar sama ada dalam bahasa Tamil atau Bahasa Inggeris, bergantung pada sekolah dan tahap darjah.

Sekolah rendah Tamil terdiri daripada enam tahap darjah, yang dirujuk sebagai Tahun 1 hingga Tahun 6. Biasanya, pelajar memasuki Tahun 1 pada usia enam tahun, dalam tahun kalendar mereka mencapai usia tujuh tahun. Di Tahun 6, pelajar menduduki ujian standard yang dikenali sebagai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah menamatkan pengajian di sekolah rendah Tamil, kebanyakan pelajar melanjutkan pelajaran mereka di sekolah menengah kebangsaann yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran.

Selain menyediakan pendidikan dalam bahasa Tamil, sekolah-sekolah ini juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai budaya dan agama India kepada generasi muda masyarakat India Malaysia. Ini bertujuan untuk mengekalkan identiti India yang unik sambil memupuk perpaduan nasional dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.