Sekolah Menengah Kebangsaan King George V

SMK King George V
SMK King George Kelima
SMK Khalis
Lokasi
Jalan Za'ba,
Seremban, Negeri Sembilan

Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT), Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoVeni Vidi Vici
Bahasa Melayu: Kudatang, Kulihat, Kutawan
Ditubuhkan1923
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Zain bin Hj Ismail
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Rizam bin Minhat
Laman sesawangKGV Online
GEORGIAN GREEN


SMK King George V, Seremban ialah sebuah sekolah harian dan kemasukan pelajar ditapis dan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan mengikut beberapa kriteria yang diperlukan. SMK King George V telah diklasifikasikan sebagai sekolah primer yang mana kaya dengan tradisi dan berlatar belakangkan kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. Dalam bidang akademik, SMK King George V mempunyai hasrat untuk menjadi 'Terbilang di kalangan cemerlang'. Hasrat ini dipupuk di kalangan pelajar dan tertulis di misi dan visi sekolah. Sekolah ini dinamakan sempena Raja George V, raja United Kingdom yang memerintah Malaya saat sekolah ini dibuka.