Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam
Lokasi
Seluruh negara
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah
Ditubuhkan2019

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI merupakan pusat pendidikan peringkat menengah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Menengah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). SMITI merupakan usaha kesinambungan kepada Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.