Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
Lokasi
Seluruh negara
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah
Ditubuhkan2016

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.