Segi Tiga Selatan
| Triangulum Australe | |
|---|---|
| Buruj | |
| Nama Latin | Triangulum Australe |
| Singkatan | TrA |
| Genitif | Trianguli Australis |
| Sebutan | /triangulum australe, genitif /trianguli australis/ |
| Simbolisme | Segi Tiga Selatan |
| Pencerapan | |
| (Epok J2000) | |
| 14j 56.4m hingga 17j 13.5m | |
| Keserongan | −60.26° hingga −70.51° |
| Sukuan | SQ3 |
| Keluarga | Herkules |
| Keluasan | 110 darjah persegi (ke-83) |
| Bintang | |
| Bintang utama | 3 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 10 |
Bintang dengan planet | 1 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 3 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 0 |
Bintang paling terang | α TrA (Atria) (1.91m) |
| Bintang terhampir | ζ TrA (39.48 tc, 12.11 pc) |
| Objek | |
| Objek Messier | Tiada |
| Pancuran meteor | Tiada |
| Buruj bersempadan | |
| Catatan | |
| Boleh dilihat pada garis lintang antara +25° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Julai. | |
| sunting | |
Segi Tiga Selatan atau Triangulum Australe ialah sebuah buruj kecil di hemisfera samawi jauh selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "segi tiga selatan", yang membezakannya daripada Triangulum (Segi Tiga) di langit utara dan diturunkan daripada corak hampir sama daripada ketiga-tiga bintang tercerahnya. Buruj ini pertama kali digambarkan pada sebuah glob samawi sebagai Triangulus Antarcticus atau Segi Tiga Antartik oleh Petrus Plancius pada 1589, dan kemudian dengan lebih ketepatan dan nama sekarangnya oleh Johann Bayer dalam karyanya Uranometria pada 1603. Penjelah dan ahli astronomi Perancis Nicolas Louis de Lacaille mencartakan dan memberi bintang-bintang lebih cerahnya designasi Bayer masing-masing pada 1756.
Alpha Trianguli Australis, dikenali sebagai Atria, ialah sebuah gergasi jingga bermagnitud kedua dan bintang tercerah dalam buruj ini, serta bintang keempat puluh dua tercerah di langit malam. Yang melengkapkan segi tiga ialah dua buah bintang jujukan utama putih Beta dan Gamma Trianguli Australis. Sungguhpun buruj ini terletak dalam Bimasakti dan mengandungi banyak bintang, objek-objek langit lepas adalah tidak prominen. Ciri-ciri ketara termasuklah gugusan terbuka NGC 6025 dan nebula planet NGC 5979.