Sean M. Carroll
Sean M. Carroll | |
|---|---|
Carroll pada 2017 | |
| Kelahiran | 5 Oktober 1966 |
| Warganegara | Amerika |
| Kerakyatan | Amerika Syarikat |
| Pusat pendidikan |
|
| Terkenal kerana | Elektromagnetisme gelap |
| Pasangan | Jennifer Ouellette |
| Anugerah | Hadiah Andrew Gemant (2014) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Fizik, kosmologi, astrofizik, kerelatifan am |
| Institusi | Institut Teknologi California |
| Tesis | Cosmological Consequences of Topological and Geometric Phenomena in Field Theories (1993) |
| Penasihat kedoktoran | George B. Field |
| Pelajar kedoktoran | Ignacy Sawicki, Eugene Lim, Mark Hoffman, Jennifer Chen, Heywood Tam, Lotty Ackerman, Kimberly Boddy |
| Pengaruh | Albert Einstein, Ludwig Boltzmann, Richard Feynman |
| Laman web rasmi | www |
Sean Michael Carroll (/ˈkærəl/; lahir 5 Oktober 1966) ialah seorang pakar kosmologi dan profesor fizik yang mengkhususkan diri dalam tenaga gelap dan kerelatifan am. Beliau merupakan seorang profesor penyelidikan di Jabatan Fizik di Institut Teknologi California. Beoiau merupakan seorang penyumbang] blog fizik Cosmic Variance, dan telah menerbitkan jurnal-jurnal dan majalah-majalah saintifik seperti Nature, The New York Times, Sky & Telescope, dan New Scientist.
Beliau muncul dalam The Universe di The History Channel, Through the Wormhole with Morgan Freeman di Science Channel, Closer to Truth (disiarkan di PBS), dan The Colbert Report di Comedy Central. Carroll ialah pengarang Spacetime And Geometry, sebuah buku pelajaran tahap kelulusan tentang kerelatifan am, dan juga merakamkan ceramah-ceramah untuk The Great Courses tentang kosmologi dan fizik waktu. Beliau juga mengarang tiga buku:From Eternity to Here, The Particle at the End of the Universe, dan The Big Picture: On the Origins of Life, Meaning, and the Universe Itself.