Blog
- Untuk maklumat mengenai tahap boleh percaya sesebuah blog perseorangan sebagai rujukan yang diterima dalam Wikipedia Bahasa Melayu, sila lihat dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.
| Kewartawanan |
|---|
|
| Kawasan |
|
| Tema |
|
| Kesan sosial |
|
| Media berita |
| Peranan |
|
|
|
Blog (kata lakur Inggeris web log "catatan sesawang") ialah sebuah laman sesawang yang berisi penulisan menurut masa dan disimpan terbalik. Dianggarkan pada tahun 2022 sebnayak lebih 600 juta laman blog awam didapati daripada lebih 9 billion laman sesawang.
Kandungan sesebuah blog memberikan ulasan atau berita dihantar kerap mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai catatan peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan kepada laman sewahana mahupun luar, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto, muzik, atau penceritaan lisan baik audio (audio siar) mahupun video (vlog atau video siar), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Bahkan, tulisan yang dihantar pada perkhidmatan media sosial seperti Facebook boleh dikira termasuk kriteria blog.