Tupai muncung
| Tupai muncung Julat zaman: Miosen Tengah – Kini
| |
|---|---|
| Tupaia sp. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Grandorder: | Euarchonta |
| Order: | Scandentia Wagner, 1855 |
| Keluarga | |
| |
Tupai muncung atau tupai akar ialah sejenis mamalia berbadan kecil seperti tupai dalam order Scandentia yang ditemukan di hutan-hutan tropika Asia Selatan dan Tenggara. Order ini dipecahkan kepada dua keluarga iaitu Tupaiidae dengan 19 spesies tupai muncung, dan Ptilocercidae dengan spesies tupai akar malam sahaja.
Di kalangan order mamalia lain, tupai muncung berkait rapat dengan primat, dan ada dipakai sebagai alternatif bagi primat dalam penyelidikan uji kaji bagi miopia, tekanan psikososial, dan hepatitis.