Sawi

Sawi
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Brassica
Spesies:
B. juncea
Subspesies:
B. juncea rugosa
Nama binomial
Brassica juncea
(L.) Czerjaew

Sawi (Jawi: ساوي), sesawi hitam (Jawi: سساوي هيتم‎) atau kai choy (Jawi: کاي چوي‎) merupakan sejenis tumbuhan yangditanam sebagai makanan jenis sayuran. Sayur ini banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan.

Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.