Kali Yuga
Kali Yuga ialah zaman keempat dalam kitaran kosmik (yuga) menurut agama Hindu. Tempohnya dalam kiraan manusia ialah 432,000 tahun.
Kaliyuga secara tradisinya dikatakan bermula pada 18 Februari 3102 S.M.. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana mengenai tarikh sebenar. Sebahagian mengiranya daripada hari bermulanya perang Mahabharata, manakala yang lain daripada hari kenaikan Sri Krishna ke Vaikuntha.
Pada masa kini, tahun ke-5101 Kaliyuga telah bermula sejak 15 April 2000.