Bulan Marikh

Gambar berwarna Phobos yang diambil oleh Mars Reconnaissance Orbiter pada 23 Mac 2008.
Gambar berwarna Deimos yang diambil oleh Mars Reconnaissance Orbiter pada 21 Februari 2009.

Marikh ada dua bulan, iaitu Phobos dan Deimos. Bulan-bulan ini dikatakan asteroid yang ditangkap oleh tarikan graviti Marikh. Kedua-dua bulan ini ditemui pada tahun 1877 oleh Asaph Hall, dan beliau menamakan kedua-dua bulan ini berdasarkan watak dalam mitologi Yunani, Phobos (panik/gerun) dan Deimos (kemusnahan) yang mengikuti bapa mereka, Ares (yang dikenali sebagai Mars di kalangan orang Rom) ke medan peperangan. Ada kemungkinan yang Marikh mempunyai banyak lagi bulan-bulan kecil yang bersaiz antara 50 hingga 100 meter dan satu gelang habuk antara Phobos dan Deimos, tetapi tidak satu pun antara kedua-dua ciri ini telah ditemui.