Phobos (bulan)
Gamber berwarna Phobos dari Mars Reconnaissance Orbiter dengan kawah Stickney di sebelah kanan | |
| Penemuan | |
|---|---|
| Ditemui oleh | Asaph Hall |
| Tarikh penemuan | 18 Ogos 1877 |
| Designasi | |
| Sebutan | /ˈfoʊbɒs/ or /ˈfoʊbəs/ |
| Dinamakan sempena | Φόβος (Phobos) |
| Adjektif | 'Phobian /ˈfoʊbiən/ |
| Ciri-ciri orbit | |
| Epok J2000 | |
| Periapsis | 9234.42 km |
| Apoapsis | 9517.58 km |
| Paksi semimajor | 9376 km (2.76 jejari Marikh) |
| Kesipian | 0.0151 |
| Tempoh orbit | 0.31891023 h (7 jam 39.2 minit) |
| Kelajuan purata orbit | 2.138 km/s |
| Kecondongan | 1.093° (mengikut khatulistiwa Marikh) 0.046° (mengikut satah Laplace) 26.04° (mengikut ekliptik) |
| Satelit bagi | Marikh |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Dimensi | 27 × 22 × 18 km |
| Min jejari | 11.2667 km (1.76941 mBumi) |
| Luas permukaan | 1548.3 km2 (3.03545 µBumi) |
| Isi padu | 5783.61 km3 (5.33933 nBumi) |
| Jisim | 1.0659×1016 kg (1.78477 nBumi) |
| Min ketumpatan | 1.876 g/cm3 |
| Graviti permukaan khatulistiwa | 0.0057 m/s2 (581.4 µ g) |
| Halaju lepas | 11.39 m/s (41 km/h) |
| Tempoh putaran | Segerak |
| Halaju putaran khatulistiwa | 11.0 km/j (6.8 mph) (di paksi terpanjang) |
| Kecondongan paksi | 0° |
| Albedo | 0.071±0.012 |
| Magnitud ketara | 11.8 |
sunting | |
Phobos (nama sistematik: Mars I, "Marikh I") ialah salah satu daripada dua satelit semula jadi yang mengelilingi Marikh, satu lagi ialah Deimos.
Phobos ialah suatu objek yang kecil dan berbentuk tidak sekata, dengan jejari purata 11 km, dan tujuh kali lebih besar daripada Deimos. Phobos mengelilingi Marikh pada jarak 6,000 km dari planet itu, jarak paling dekat suatu satelit semula jadi dengan planet induk dalam kalangan bulan-bulan Sistem Suria. Phobos melengkapi satu putaran orbit dalam masa hanya 7 jam 39 minit. Dari Marikh, Phobos terbit dari barat, muncul di langit dalam 4 jam 15 minit atau kurang lalu terbenam di timur dua kali setiap hari Marikh.
Model dan gambar Phobos mendapati bahawa bulan ini sedang dimusnahkan akibat interaksi pasang surut. Phobos menjadi semakin dekat dengan Marikh sebanyak dua meter setiap seratus tahun, dan Phobos dianggarkan akan berlanggar dengan Marikh atau musnah menjadi cincin planet dalam masa 30 ke 50 juta tahun akan datang.