Satam al-Suqami
Satam al-Suqami | |
|---|---|
| Kelahiran | Satam al-Suqami 28 Jun 1976 |
| Meninggal dunia | 11 September 2001 (umur 25) |
| Sebab kematian | Kemalangan yang disengajakan dari Penerbangan 11 American Airlines |
| Warganegara | Arab Saudi |
| Pendidikan | Universiti Raja Saud |
Satam Muhammed Abdel Rahman al-Suqami (Arab: سطام السقامي, Saṭām as-Suqāmī) (28 Jun 1976 - 11 September 2001) ialah seorang mahasiswa undang-undang Arab Saudi dan salah seorang daripada lima perampas Penerbangan 11 American Airlines sebagai sebahagian daripada serangan 11 September.
Suqami telah menjadi mahasiswa undang-undang sehingga dipelawa menyertai al-Qaeda bersama dengan Majed Moqed, perampas lain, dan melakukan perjalanan ke Afghanistan di mana beliau akan dipilih untuk turut serta dalam serangan 9/11.
Beliau tiba di Amerika Syarikat pada April 2001. Pada 11 September 2001, Suqami menaiki Peenrbangan 11 American Airlines dan turut terlibat dalam perampasan pesawat sehingga melanggar Menara Utara World Trade Center sebagai sebahagian dari serangan koordinasi.
Pada 19 Mei 2001, Suqami dan Waleed al-Shehri mengambil penerbangan dari Fort Lauderdale ke Freeport, Bahama di mana mereka memiliki tempahan di Princess Resort. Namun, kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, mereka dihentikan semasa mendarat, dan kembali ke Florida pada hari yang sama dan menyewa Kia Rio merah dari ejen Penyewaan Kereta Avis.