Mahasiswa
Mahasiswa (gabungan मह- maha- daripada महत् mahat "besar, penting, tinggi..." dan शिष्य śiṣya "murid; yang menuntut ilmu") ialah pelajar yang menuntut di universiti.
Mereka memainkan peranan penting dalam mencorak sistem pentadbiran sesebuah negara. Beberapa peristiwa revolusi sepanjang zaman berlaku bermula dengan mahasiswa seperti berlakunya Revolusi Arab dan Gerakan Baihua.