Sarah Suhairi

Sarah Suhairi
Kelahiran (2000-08-03) 3 Ogos 2000
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2017–kini
PasanganAswad Anuar (k. 2024)

Sarah Suhairi (lahir 3 Ogos 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai setelah menjuarai sebuah program realiti TV nyanyian terbaru terbitan Astro, Big Stage pada tahun 2018. Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 9.6 juta tontonan di laman Youtube sejak dilancarkan April 2018. Laman rasmi YouTubenya kini mengumpul 81.3 ribu pengikut dengan video lagu saduran paling popular iaitu lagu Solo Jennie Kim yang ditonton lebih dari 1.3 juta tontotan. Persembahan dan bakatnya dalam program realiti Big Stage musim pertama disenangi serta menerima pujian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekaligus dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan itu. Beliau juga berbakat dalam rap. Selepas tamat program realiti Big Stage, beliau mengeluarkan single keduanya yang berjudul "Nyawa & Raga" yang meraih lebih dari 4.7 juta tontonan.

Beliau kemudian berduet bersama Aepul Roza menerusi lagu "Entah Apa". Dalam tahun 2021, beliau muncul dengan 3 single serentak, iaitu "Mungkin", "Kau Yang Bertakhta" dan "Andaikan".

Single terbaharu beliau, "Pasrah" dikeluarkan pada Januari 2022.