Sarah Childress Polk

Sarah Childress Polk
Salinan Potret Rasmi Polk, oleh George Dury
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam peranan
4 Mac 1845 – 4 Mac 1849
PresidenJames K. Polk
Didahului olehJulia Tyler
Digantikan olehMargaret Taylor
Wanita Pertama Tennessee
Dalam peranan
14 Oktober 1839 – 15 Oktober 1841
GabenorJames K. Polk
Didahului olehRachel Cannon
Digantikan olehSarah Jones
Maklumat peribadi
Lahir
Sarah Childress

(1803-09-04)4 September 1803
Murfreesboro, Tennessee, A.S.
Meninggal dunia14 Ogos 1891(1891-08-14) (umur 87)
Nashville, Tennessee, A.S.
Tempat semadiTennessee State Capitol
Nashville, Tennessee
KewarganegaraanAmerika
PasanganJames Polk (k. 1824; m. 1849)
AnakSarah Polk Fall,
anak angkat tidak rasmi
Ibu bapaJoel Childress
Elizabeth Whitsitt
PendidikanAkademi Salem
Tandatangan

Sarah Childress Polk (4 September 1803 - 14 Ogos 1891) ialah Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1845 hingga 1849. Beliau adalah isteri Presiden Amerika Syarikat ke-11, James K. Polk.

Sarah Childress dilahirkan pada tahun 1803 kepada Elizabeth Whitsitt dan Joel Childress, petani, peniaga, dan spekulator tanah - anak ketiga daripada enam orang anak mereka. Beliau berpendidikan tinggi untuk seorang wanita dari masa dan tempatnya, menghadiri Akademi Salem Moravians eksklusif di Winston-Salem, Carolina Utara pada tahun 1817, salah satu daripada beberapa institusi pengajian tinggi yang tersedia untuk wanita pada awal abad ke-19.

Pada tahun 1845, Sarah Polk menjadi Wanita Pertama ke-11 Amerika Syarikat. Beiau seorang yang ceria, menarik, cerdas, dan ahli perbualan yang baik. Presiden Polk juga meluangkan masa membincangkan perkara dasar dengannya. Walaupun beliau menikmati politik, beliau juga memberi amaran kepada suaminya, yang kesihatannya sentiasa menurun akibat kerja keras. Sebagai seorang Presbyterian yang taat dan sebagai Wanita Pertama, dia mengharamkan majlis menari, permainan kad, dan minuman keras dalam majlis rasmi. Tidak seperti waltzs Julia Tyler, hiburan Polk adalah ketenangan lantas memberikan jolokan untuk Wanita Pertama ini "Sahara Sarah". Walaupun sesetengah laporan menyatakan bahawa Polks tidak pernah menghidangkan wain, isteri seorang anggota Kongres "merakamkan di dalam butir-butir diari beliau tentang makan malam selama empat jam untuk empat puluh orang di Rumah Putih—gelas untuk enam wain yang berbeza, dari champagne merah jambu hingga port ruby dan sauterne, 'membentuk pelangi di sekeliling setiap pinggan.'"

Sarah Polk tinggal di Polk Place selama 42 tahun, persaraan dan balu terpanjang untuk mana-mana bekas wanita pertama AS, dan selalu memakai hitam sebagai balu zaman Victoria sejati. Beliau melawat abangnya di Childress-Ray House di Murfreesboro, yang anak perempuannya yang telah berkahwin dengan Gabenor Tennessee John C. Brown. Beliau juga kerap melawat teman dekatnya Adelicia Acklen di Belmont.

Polk meninggal dunia pada 14 Ogos 1891, pada umur 87 tahun, kurang daripada sebulan sebelum hari jadi ke-88. Beliau dikebumikan di sebelah suaminya di tempat asalnya di rumah mereka di Nashville dan kemudian dipindahkan bersama di Tennessee State Capitol ketika Polk Place dirobohkan pada tahun 1901.

Polk meninggalkan Polk Place kepada anak saudaranya, Sarah Polk Fall.