Sangkakala
Sangkakala atau sangka adalah sejenis alat tiup terbuat dari kulit luar kerang (lalu meminjam kata bahasa Sanskrit शङ्ख śaṅkha) yang ditiup atau dibunyikan secara berkala (काल kāla).
Pada zaman dahulu sangkakala biasa digunakan dalam tujuan tertentu seperti untuk meminta perhatian orang ramai atau ketika hendak mulai berperang mengumpulkan askar-askar dan banyak lagi.