Pertapaan

Pertapaan ([pĕr.ta.pa.an], Jawi: ڤرتاڤاءن) difahamkan sebagai perilaku membawa dan mengasingkan diri daripada masyarakat dengan menghuni kawasan yang terpencil dan sukar dimasuki kebanyakan manusia (yakni "bertapa") untuk seberapa tujuan tertentu, seperti menguatkan keimanan atau kepercayaan terhadap suatu agama dianuti sendiri melalui penyucian diri daripada segala unsur buruk, mahupun untuk memperoleh kesaktian.

Kata dasar tapa تاڤ‎ "kuat, kebal" berakar daripada perkataan Sanskrit: ताप, rumi: tāpa yang bermaksud "laku yang keras dalam menjalankan agama, penyeksaan diri", "kesengsaraan minda atau badan"; kesengsaraan ini difahamkan supaya dalaman petapa mula insaf, sedar dan siap-sedia untuk menghadapi atau menghindari dari segala perkara-perkara buruk atau keinginan alam dunia, nafsu atau kehidupan material di bumi, dengan tujuan utama untuk mencapai kerohanian ke alam yang benar dan kekal.