Sang Nila Utama

Sang Nila Utama
سڠ نيلا اوتام
Raja Temasek Pertama
Patung Sang Nila Utama didirikan
memperingati dwiabad penempatan
British di Singapura
tahun 2019.
Pemerintahan1260-1347
GelaranSri Tri Buana
श्री त्रि भुवन
"Yang Dipertuan Tiga Dunia"
KeputeraanLewat abad ke-12
Tempat keputeraanPalembang, Sumatera Selatan
Mangkat1347
Tempat mangkatKerajaan Temasek
DimakamkanKeramat Iskandar Shah,
Fort Canning Hill (dipertelingkahkan)
PendahuluKerajaan ditubuhkan
PenggantiSeri Wikrama Wira
PasanganWan Seri Bini
AnakandaSeri Wikrama Wira
AyahandaSang Sapurba

Sang Nila Utama (Jawi: سڠ نيلا اوتام; Devanagari: सङ् नील उत्तम) ialah seorang putera hindu dari keturunan diraja hindupura yang menubuhkan Kerajaan Temasek, entiti yang menjadi pendahulu kepada negara Singapura kini, pada tahun 1299. Baginda ialah putera kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).

Beliau mendapat gelaran Sri Tri Buana (Sanskrit: श्री त्रि भुवन, rumi: śrī tri bhuvana) semasa zamannya, ia diberikan barangkali sempena penguasaan baginda ke atas Jawa, Sumatera dan Temasek mahupun berikutan kepercayaan Hindu yang biasa pada zamannya merujuk kepada kedudukan baginda ke atas kayangan, bumi dunia manusia dan alam bawah tanah.