Sandeq
Sandeq adalah jenis perahu layar bercadik yang telah lama digunakan melaut oleh nelayan Mandar atau sebagai alat pengangkutan antar pulau. Saiz Sandeq berbeza-beza, dengan lebar lambung berkisar antara 0,5–1 meter dan panjang 5–15 meter, dengan kapasiti mulai dari beberapa ratus kilogram hingga 2 ton lebih, bentuk langsing mereka menjadikannya lebih tangkas dan lebih cepat daripada perahu layar lain. Nama Sandeq berasal dari bahasa Mandar yang berarti runcing. Perahu ini sangat masyhur sebagai warisan kebudayaan bahari Masyarakat Mandar, Provinsi Sulawesi Barat, Indonesia. Sebelum penggunaan enjin, Sandeq adalah salah satu alat pengangkutan antar pulau yang paling dominan kerana selain menjadi tangkas dan cepat, sandeq juga dapat berlayar melawan arah angin, yaitu dengan teknik berlayar zigzag (dalam bahasa Mandar disebut sebagai "Makkarakkayi"). Setiap tahun diadakan lumba perahu Sandeq di Sulawesi Barat. Sebenarnya nelayan Mandar membuat banyak jenis perahu kecil dan besar, tetapi Sandeq adalah satu-satunya perahu yang sepenuhnya menggunakan kuasa angin dan masih digunakan di Sulawesi Barat hari ini.