Sana'y Wala Nang Wakas
| Sana'y Wala Nang Wakas | |
|---|---|
| Genre | Drama, romantis, telenovela |
| Pencipta | ABS-CBN |
| Pengarah | Jerome Chavez Pobocan FM Reyes |
Dibintangi oleh | Jericho Rosales Kristine Hermosa Diether Ocampo Angelika dela Cruz |
| Lagu pembukaan | "Sana'y Wala Nang Wakas" oleh Jessa Zaragoza; digubah semula oleh Homer Flores |
| Penggubah | Willy Cruz |
| Negara asal | Filipina |
| Bilangan episod | 298 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 30 minit (asal) 45 minit (dimampatkan) |
Syarikat penerbitan | Star Creatives |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | ABS-CBN |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Siaran asal | 19 Mei 2003 – 9 Julai 2004 |
Sana'y Wala Nang Wakas (bahasa Melayu: Ku Yakin Ia Tidak Akan Berakhir) merupakan sebuah siri drama Filipina yang disiarkan di ABS-CBN bermula dari 19 Mei 2003 dan berakhir pada 9 Julai 2004. Ia berkisarkan tentang percintaan Christian dan Ara yang penuh dengan liku yang disebabkan oleh dosa lampau ibu bapa mereka. Ia dibintangi oleh Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Diether Ocampo dan Angelika dela Cruz. Di Malaysia, drama ini pernah disiarkan di TV2 dan Astro Prima pada 2004 dan 2005. Ia kemudiannya diulang siar di Astro Bella pada 2013 atas permintaan ramai. Bermula Oktober 2019, TV3 telah mula menyiarkan semula drama ini melalui slot telenovela dari Jam 3 petang hingga 4 petang.