Salma Ismail
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. Salma Ismail PSM; DPMK, BCK (Kedah) | |
|---|---|
| Kelahiran | 19 Disember 1918 |
| Meninggal dunia | 20 Julai 2014 (umur 95) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
| Warganegara | Malaysia |
| Pusat pendidikan | Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura |
| Pekerjaan | Doktor |
| Tahun aktif | 1946–2005 |
| Terkenal kerana | Doktor Melayu dari kalangan wanita pertama di Malaysia |
| Pasangan | Datuk Dr. Abu Bakar Ibrahim |
Tan Sri Dato' Dr. Salma binti Ismail (19 Disember 1918 – 20 Julai 2014) ialah wanita Melayu pertama layak menjadi doktor di seluruh Tanah Melayu/Malaya. Berita kejayaan beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947. Beliau penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-68 pada 11 Mei 2014.