Salim Segaf Al-Jufri

Habib Dr. H.
Salim Segaf Al-Jufri
سالم سقاف الجفري
Lc., M.A.
Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera
Menyandang jawatan
10 Ogos 2015
Presiden
Timbalan
Senarai
  • Hidayat Nur Wahid (sejak 2015)
  • Sohibul Iman (sejak 2020)
  • Ahmad Heryawan (sejak 2020)
  • Suharna Surapranata (sejak 2020)
Didahului olehHilmi Aminuddin
Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
11 September 2022 – 2024
Didahului olehAhmad al-Raysuni
Digantikan olehAli al-Qaradaghi
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Menyandang jawatan
8 November 2018
Berkhidmat with
Presiden
Didahului olehAbdul Hadi Awang
Menteri Sosial Indonesia ke-26
Dalam jawatan
22 Oktober 2009 – 20 Oktober 2014
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehBachtiar Chamsyah
Digantikan olehKhofifah Indar Parawansa
Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman ke-16
Dalam jawatan
11 November 2005 – 21 Oktober 2009
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehMuhammad Maftuh Basyuni
Digantikan olehGatot Abdullah Mansyur
Maklumat peribadi
Lahir (1954-07-17) 17 Julai 1954
Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
Parti politikPartai Keadilan Sejahtera
PasanganZaenab Alwi Basri
PertalianSayyid Idrus bin Salim Al-Jufri (datuk)
Anak
  • Idrus Salim
  • Sarah Salim
  • 'Afaf Salim
  • Rihab Salim
  • Sumayyah Salim
Tempat belajarUniversiti Islam Madinah
Pekerjaan
Anugerah awamBintang Mahaputera Adipradana (2014)

Al-Habib Dr. H. Salim Segaf Al-Jufri (Arab: سالم سقاف الجفري; lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 17 Julai 1954; umur 71 tahun) ialah seorang ulama Islam dari Indonesia, dan ahli politik dari Partai Keadilan Sejahtera yang pernah menjawat sebagai Menteri Sosial Indonesia dalam Kabinet Indonesia Bersatu II di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Boediono pada 22 Oktober 2009 hingga 20 Oktober 2014. Terdahulu daripada itu, Salim telah dilantik sebagai Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman dari 2005 hingga 2009.

Dalam pada beliau berpolitik, Salim turut menggalas tugas sebagai Ketua Dewan Syariah dan Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera. Selain itu, beliau juga menjawat sebagai Pengarah Perwakilan Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) bagi Kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara dan Pengarah Pusat Rundingan Syariah. Salim aktif mengajar di UIN Syarif Hidayatullah, Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Bahasa Arab (LIPIA), dan Dirasat Islamiyah Jakarta.

Beliau turut terlibat dalam Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi pertubuhan tersebut bermula 8 November 2018. Pada 11 September 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa menggantikan Syeikh Dr Ahmad Al-Raysuni yang meletak jawatan.