Muhammad Al-Hasan Al-Dedew
Muhammad al-Hassān al-Diddū | |
|---|---|
محمد الحسن بن الددو الشنقيطي | |
| Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa | |
| Menyandang jawatan 2024 Berkhidmat with
| |
| Presiden | Ali al-Qaradaghi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 31 Oktober 1963 Boutilimit |
| Kewarganegaraan | Mauritania |
| Tempat belajar | Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud |
| Laman web | dedewnet |
Syeikh Muhammād Al-Hasān bin Al-Diddū Al-Shanqītī (Arab: محمد الحسن بن الددو الشنقيطي atau juga dieja Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Dido atau al-Dedew) lahir 31 Oktober 1963 di Boutilimit, Mauritania, ialah seorang ulama Islam, pengarang, penulis dan ahli fiqah. Beliau ialah Presiden Pusat Penerangan Ulama dan Presiden Universiti Abdallah bin Yasin di Mauritania. Beliau juga ketua Pusat Pembangunan Ulama di negara barat laut Afrika tersebut. Pada 2014, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, dan kini masih menggangotainya sebagai ahli lembaga pemegang amanah.. Beliau merupakan siswazah Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud.